April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



IDI RAYEUK: Sekumpulan nelayan Indonesia pada Jumaat berjaya menyelamatkan lima warga Rohingya yang ditemui di perairan negara itu dalam keadaan lemah.

Kumpulan pelarian itu dipercayai telah hanyut di lautan selama 20 hari dengan menaiki sampan kecil sebelum memasuki perairan negara itu.

Tambah menyedihkan, lima lagi warga Rohingya yang bersama mereka difahamkan telah meninggal dunia ketika berada di tengah laut.

Panglima Angkatan Laut Tempatan H.B Arisanto berkata, bot mereka ditemui tanpa enjin dan kelima-lima mereka telah terputus bekalan makanan.

Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan dua daripada yang diselamatkan adalah wanita dan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.

Serangan keganasan yang bermula pada tahun 2012 mendorong ribuan Rohingya Muslim untuk melarikan diri dari Myanmar, melalui laut, ke Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, sekitar 300 orang daripada mereka dipercayai masih berlindung di Aceh, Indonesia.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: