April 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BINTANG seni beladiri campuran (MMA), Conor McGregor hari ini telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$50,000 (RM193,500) oleh mahkamah di New York selepas didakwa menyerang sebuah bas yang dinaiki atlet seni beladiri lain di Brooklyn, pada Khamis.

McGregor, 29 tahun, hadir di Mahkamah Jenayah Kings County dengan berpakaian kemeja biru lengan panjang, selepas menyerah diri kepada polis petang semalam setelah video serangannya itu menjadi tular di media sosial.

Petarung dari Ireland itu berdepan tiga tuduhan menyerang dan satu tuduhan melakukan kerosakan.

Hakim turut membenarkan McGregor keluar negara sebelum hadir sekali lagi ke mahkamah pada 14 Jun nanti.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, McGregor bersama beberapa yang lain dilaporkan menyerbu dan menyerang sebuah bas dengan membaling kerusi ke tingkat bas tersebut sehingga tingkap itu pecah.

Tindakan itu dipercayai berpunca dari keputusan Ultimate Fighting Championship (UFC) untuk menarik balik gelaran yang disandang juara dunia itu.

Serangan itu disifatkan Presiden UFC, Dana White sebagai “perkara paling menjijikkan yang pernah berlaku dalam sejarah”.

BACA: MMA: UFC tolak tawaran saya untuk berlawan Mac ini – Conor McGregor

BACA: Conor McGregor umum akan kembali ke gelanggang MMA

McGregor menjadi petarung pertama UFC yang memegang dua gelaran dunia serentak selepas menewaskan juara lightweight dunia, Eddie Alvarez di Manhattan pada 2016.

Kali terakhir McGregor bertarung ialah dengan Floyd Mayweather pada Ogos lalu, di mana dia tewas dengan petinju Amerika Syarikat itu menerusi keputusan knockout teknikal (TKO) di pusingan ke-10.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: