April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan supaya satu Istiadat Menzahirkan Pengumuman Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13 dilakukan pada Isnin.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin mahukan istiadat tersebut diadakan untuk pemberitahuan kepada seluruh rakyat Perak sama seperti sewaktu tubuh kerajaan negeri.

“Sultan bertanyakan, kenapa apabila kerajaan negeri dibubarkan, tiada istiadat diadakan untuk pemakluman kepada rakyat sedangkan apabila tubuh kerajaan negeri telah diadakan istiadat serta pemakluman kepada seluruh rakyat.

“Istiadat seperti ini bukan pertama kali dilaksanakan. Jadi ini adalah titah perkenan Sultan Nazrin,” ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Sultan Nazrin berkenana berangkat ke Majlis Menzahirkan Pengumuman Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pukul 10 pagi pada Isnin.

Sebelum itu media difahamkan, Sultan Nazrin telah berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di Istana Changkat, di sini pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang sidang media diadakan selepas perjumpaan tertutup itu.

Perak merupakan antara negeri yang masih belum mengumumkan pembubaran DUN. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: