April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



DOUMA: Sekurang-kurangnya 70 orang dikhuatiri maut dalam serangan gas kimia di bandar Douma yang ditawan pemberontak di Timur Ghouta, Syria, pada lewat Sabtu.

Ramai dalam kalangan mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak yang meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan.

Beberapa badan aktivis di Syria melaporkan gas tersebut dilepaskan menerusi udara dengan menggunakan helikopter.

Kejadian ini mencetuskan kemarahan dunia tatkala kerajaan Syria nafi bertanggungjawab ke atas serangan gas kimia tersebut.

Kerajaan Syria juga menuduh pemberontak di Douma menyebarkan berita palsu tersebut.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerusi satu entri di laman Twitter mendakwa Presiden Rusia Vladimir Putin yang bersekongkol dengan dengan Presiden Syria Bashar al-Assad terlibat dalam serangan itu.

Tuduhan turut dilemparkan kepada Iran yang didakwa menyokong perlakuan yang tidak berperikemanusiaan ini.

Trump juga mendakwa bahawa kawasan serangan telah dikepung oleh tentera Syria menyebabkan akses bantuan tidak dapat disalurkan kepada mangsa yang terlibat.

Justeru gesaan dibuat kepada pihak tentera Syria untuk membuka laluan bagi membolehkan bantuan antarabangsa disalurkan kepada kawasan dan mangsa terjejas.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: