April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



GEORGE TOWN: Perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang sepatutnya berjalan hari ini  ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail membenarkan penangguhan dan menetapkan Mei depan untuk perbicaraan disambung semula.

Keputusan dibuat selepas peguam Gobind Singh Deo membuat permohonan tersebut berikutan anak guamnya mempunyai tugasan rasmi hari ini.

Hadhariah menetapkan 10 Mei untuk tarikh pengurusan kes manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada 21 Mei hingga 25 Mei.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, bagaimanapun membantah permohonan penangguhan tersebut, dengan alasan tarikh penamaan calon masih belum ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan jawatan bagi mendapatkan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Phang yang merupakan bekas pemilik banglo itu pula, didakwa bersubahat dengan Lim untuk mendapatkan lot tanah dan banglo berkenaan di bawah harga pasaran di tempat dan pada tarikh yang sama

Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa Sabtu bagi memberi laluan kepada PRU14.

Beliau turut menasihatkan semua ketua kerajaan negeri kecuali Sarawak, menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan pembubaran DUN supaya pilihan raya dapat diselaras serentak di seluruh negara.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: