April 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SEBASTIAN Vettel menyifatkan dia tidak berada dalam kawalan pada 10 pusingan terakhir ketika meraih kemenangan Grand Prix Bahrain.

Pelumba kelahiran Jerman itu menewaskan Valtteri Bottas untuk meraih kemenangan ke atas Mercedes yang dilihat berjaya memintas Ferrari di perhentian pit.

Selepas Scuderia memberikan Vettel dan rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen tayar lembut, Mercedes memilih tayar sederhana yang lebih mampu bertahan sepanjang perlumbaan.

Vettel berjaya mengendalikan tayar yang telah ditetapkan dan memastikan mengelak daripada melakukan perhentian kedua yang mampu menggugat kedudukannya.

Walaupun Bottas kelihatan semakin hampir pada penghujung perlumbaan, Vettel berjaya memastikan kemenangan kedua musim ini miliknya.

“Saya memberitahu kepada pasukan menerusi radio bahawa saya mengawal perlumbaan ini, tetapi ia hanyalah sekadar helah!” katanya.

“Ketika mereka memberitahu saya rentak perlumbaan yang dilakukan oleh Bottas, saya menyedari tidak mampu melakukannya. Saya telah membuat pengiraan mengenai jentera saya dan menyangkakan dia mampu mengejar saya.

“Saya cuba melakukan yang terbaik. Kedua-dua pelumba Mercedes menamatkan perlumbaan dengan baik.”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: