April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



MINGGU lalu heboh diperkatakan mengenai status pelakon cantik Fouziah Gous yang kini bergelar datin.

Fouziah berdiam diri menggenai perkara ini.  Namun, Sinar Harian telah mendapatkan komen daripada suaminya Datuk Zhafran Md Yusof.

Menurut Zhafran, sebenarnya gelaran Datuk tersebut sudah lama diperolehi.

“Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.

“Sekarang bila semua dah tahu, nak panggil Datuk boleh, nak panggil Zhafran pun lagi bagus. Saya tak ada masalah,” ujar suami Fouziah ini ikhlas.

Sementara itu ditanya pula mengenai isterinya, Zhafran menjelaskan pendirian mereka sama.

“Nak panggil Fouziah boleh, nak panggil datin pun terpulanglah.

“Namun kalau ikut beliau, selesa dipanggil Fouziah sahaja. Cuma kalau acara rasmi bersama saya, tak boleh elak. Bagi kami okay sahaja,” katanya lagi yang kini sedang bercuti di Kota London bersama Financial Genius Group.

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: