April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



DANNY Welbeck menegaskan keutamaannya adalah mengakhiri musim ini cemerlang bersama Arsenal meledak gol kemenangan ketika berdepan Southampton.

Penyerang itu gagal menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris bagi tahun 2018 tetapi menjaringkan dua gol ketika membantu The Gunners menang 3-2 di Stadium Emirates, termasuk gol kemenangan pada minit ke-81.

Sebelum ini, Welbeck mengalami kecederaan sejak beberapa musim sebelum ini gagal mendapatkan tempat dalam skuad England.

Bagaimanapun, dalam ketiadaan Harry Kane yang dalam proses pulih daripada kecederaan, pengendali The Three Lions, Gareth Southgate menyertai bekas pemain Manchester United itu untuk aksi persahabatan berdepan Belanda dan Itali, bulan lalu.

Dalam proses melibatkan diri dalam saingan di Russia Jun nanti, Welbeck enggan berfikir terlalu panjang kerana meletakkan tumpuan buat aksi Liga Europa berdepan CSKA Moscow.

“Fikiran saya tertumpu pada aksi seterusnya dan memastikan kami mempamerkan aksi cemerlang.

“Kami telah meraih kemenangan ke atas CSKA, tetapi kami mahu cuba untuk menjuarai saingan tersebut kerana ia adalah tiket kami ke Liga Juara-Juara (UCL).”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: