April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



APAKAH respon yang mampu diberikan skuad bimbingan Jurgen Klopp menentang Manchester City di Stadium Etihad awal pagi esok?

Itu yang menjadikan perlawanan suku akhir antara Liverpool dan City menarik untuk ditonton.

City yang ketinggalan 0-3 sudah pasti perlu mendapat gol awal dalam pertembungan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu, bagi  menyemarakkan semangat dan keyakinan pemain yang sedikit luntur, apabila tumpas dua kali berturut-turut minggu lepas.

Bagi yang mengikuti rapat perkembangan bola sepak England, mereka sudah pasti tahu Liverpool mempunyai masalah untuk bertahan dengan baik dan City mempunyai skuad yang cukup ampuh untuk merobek gawang the Reds.

Penyokong City tetap yakin skuad bimbingan Pep Guardiola mampu bangkit semula dan memenangi perlawanan itu, memandangkan rekod pertemuan di Stadium Etihad musim ini memihak kepada the Citizens.

Dalam pertembungan September tahun lepas, City membelasah Liverpool 5-0, namun ia dilakukan dengan the Reds beraksi dengan 10 pemain selepas Sadio Mane dibuang padang.

Presiden kelab rasmi penyokong City, Manchester City Malaysia (MCM), Zulkifli Samsudin, berpendapat keadaan kali ini berbeza.

“Kita ada rekod menewaskan Liverpool dengan jaringan 5-0. Ia tidak mustahil untuk mendapat melebihi tiga gol tetapi agak sukar dalam keadaan dimana rekod kemenangan di Etihad tercalar dengan kekalahan kepada Manchester United pada Sabtu,” jelas Zulkifli.

Zulkifli juga berasa semangat pemain sedikit terjejas akibat kekalahan itu yang menyebabkan sambutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (PL) terpaksa ditangguhkan.

“Semangat pemain sedikit terjejas ekoran dua kekalaan dengan tiga gol yang agak membimbangkan, namun Pep sentiasa mempunyai ramuannya tersendiri untuk mengatasi masalah ini.”

City sepatutnya ditabal sebagai juara PL pada Sabtu dengan menewaskan musuh setempat, United di Stadium Etihad minggu lepas namun tumpas 2-3, walaupun sudah mendahului 2-0 pada babak pertama.

Bagi Liverpool pula, keputusan seri tanpa jaringan dalam pertembungan ‘Merseyside Derby’ menentang Everton pada Sabtu dilihat tidak menjejaskan semangat skuad itu.

Ketumpulan jentera serangan akibat ketiadaan Mohamed Salah, dilihat antara punca the Reds gagal menjaringkan sebarang gol di Goodison Park, walaupun mempunyai beberapa peluang terhidang di depan gol.

Salah direhatkan pada perlawanan itu akibat kecederaan yang dialami pada suku akhir pertama menentang City.

Penyerang Mesir itu membuka tirai jaringan dalam perlawanan menentang City, sebelum Alex Oxlade-Chamberlain dan Mane menjaringkan dua lagi gol.

Salah juga dilihat menjalani latihan semula bersama skuad utama the Reds semalam, namun keputusan untuk Salah diturunkan menentang City awal pagi esok bergantung kepada jurulatih kecergasan dan pakar fisio pasukan itu.

Perlawanan antara City dan Liverpool ini boleh ditonton di Astro Supersport saluran 816/834 HD esok, bermula 2:35 pagi.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: