April 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEJAK dilaksanakan pada tahun 2013, Program Felo Perdana nyata membuktikan fungsinya sebagai penghubung antara pemimpin masa hadapan dengan pentadbiran semasa negara.

Antara keberkesanan yang dibuktikan melalui program ini ialah fungsi Kad Siswa 1Malaysia (KADS1M) dan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) yang digabungkan dalam hanya satu kad Bank Rakyat yang komprehensif.

Penggabungan dua fungsi dalam satu kad itu merupakan usul daripada Felo Perdana Siswa 2015, Yulni Januar daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang telah berkhidmat kepada Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hasilnya, usul tersebut berjaya membanteras penyalahgunaan BB1M seperti menjual baucer kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang kerajaan.

Legasi kepimpinan Felo Perdana diteruskan lagi tahun ini. Menurut Pegawai Pembangunan dan Kepimpinan Sahsiah di Jabatan Belia dan Sukan, Melyani Fitria Indra, tarikh permohonan Felo Perdana 2018 telah dilanjutkan dari 31 Mac ke 13 April bagi meningkatkan penyertaan anak muda tempatan.

Proses permohonan untuk menyertai Program Felo Perdana 2018. - Kementerian Belia dan Sukan
Promosi Program Felo Perdana giat dijalankan di universiti-universiti tempatan bagi membuka peluang kepada mahasiswa untuk mengenali program ini dengan lebih mendalam.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPNM, Muhammad Zulakhmal Razali, ia menjadi tanggungjawab setiap mahasiswa untuk peka terhadap pentadbiran negara bagi membanteras mentaliti sesetengah anak muda yang hanya suka ‘menghukum’ tanpa asas.

Kata beliau, Program Felo Perdana merupakan saluran terbaik untuk membanteras stigma negatif itu kerana dengan menyertai program ini, anak muda dapat melihat sendiri betapa rumitnya proses membuat sesuatu dasar dan polisi yang harus difikirkan oleh kerajaan untuk kebaikan sejagat.

Menurut Muhammad Zulahkmal, program ini merupakan saluran terbaik untuk membanteras stigma negatif anak muda yang sering "menghukum" tanpa sebarang asas. - instagram/@zulakhmal

BACA: Felo Perdana cungkil bakat kepimpinan cemerlang
BACA: Program Felo Perdana beri peluang keemasan lihat pentadbiran negara – PM Najib



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: