April 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PENGANJUR konsert Bruno Mars Live in KL, PR Worldwide akan membuat pengumuman jika terdapat perubahan pada tarikh konsert berkenaan.

Ia adalah susulan tarikh Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang jatuh pada hari yang sama dengan konsert itu, iaitu 9 Mei.

Pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.

Peminat yang telah membeli tiket meluahkan rasa bimbang memandangkan ada antara mereka yang perlu pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, dan ia akan menyukarkan mereka untuk hadir ke  konsert itu pada sebelah malam.

Konsert itu dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Mars dijangka akan terlebih dahulu mengadakan konsert pada 6 dan 7 Mei di Singapura sebelum membuat pementasan di Kuala Lumpur.

Kesemua 12,000 tiket untuk konsert tersebut telah habis dijual.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: