April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



HOKKAIDO: Masazo Nonaka, seorang lelaki Jepun berusia 112 tahun, 259 hari, telah diperakui sebagai lelaki tertua di dunia pada hari Selasa.

Menurut Ketua Editor Guiness World Record, Craig Glenday, Masazo Nonaka menggantikan Francisco Olivera dari Sepanyol, yang meninggal dunia pada awal tahun ini ketika berusia 113 tahun, sebagai lelaki tertua di dunia.

“Dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa kami mempunyai pemegang rekod terbaru untuk orang paling tua di dunia.

“Pencapaian Masazo Nonaka amat luar biasa dan dia boleh mengajar kita nilai-nilai penting mengenai kehidupan dan bagaimana untuk menjangkaui batas panjang umur manusia,” ujarnya.

Naib Presiden Guiness World Records untuk Jepun, Erika Ogawa melawat Masazo Nonaka di kediamannya untuk memberikan sijil pengiktirafan rekod terbaru bagi kategori lelaki hidup tertua di dunia.

Rekod Nonaka disahkan berikutan bukti kajian dan penyelidikan secara menyeluruh oleh Perunding Kanan Guiness World Records untuk Gerontologi, Robert Young yang juga selaku Pengarah Bersama untuk Kumpulan Penyelidikan Gerontologi (Gerontology Research Group).

Nonaka meraikan pengiktirafan daripada Guiness World Records itu dengan memotong kek besar.

Nonaka yang memakai knit cap dan jaket bergaya kimono, memancarkan senyuman sambil membuat gaya tangan peace sebagai tanda meraikan pengiktirafan tersebut ketika sesi bergambar bersama keluarganya, lapor siaran NHK.

Ahli keluarganya mengatakan Nonaka masih mampu bergerak sendiri dengan bantuan kerusi roda.

Keluarga Masazo meneruskan perniagaan penginapan yang mempunyai onsen, iaitu kolam air panas selama empat generasi.

Lelaki supercentenarian itu dilahirkan pada 25 Julai 1905, dan dibesarkan dalam sebuah keluarga besar di Ashoro, Hokkaido.

Nonaka hidup lebih lama daripada tujuh adik kandung serta isteri dan dua daripada lima anaknya.

Nonaka meneruskan warisan perniagaan penginapan onsen milik orang tuanya dan kini perniagaan berusia 105 tahun itu dikendalikan oleh cucunya, Yuko.

Dia juga menghabiskan masa tuanya dengan berendam di dalam onsen, menonton TV dan memanjakan dirinya dengan menikmati manisan, terutamanya kek strawberi.

Terdahulu, rekod lelaki tertua di dunia pernah dinobatkan kepada lelaki Jepun juga iaitu Jiroemon Kimura yang meninggal dunia pada 2013 sewaktu dia berusia 116 tahun 54 hari.

Antara manusia tertua yang pernah memegang rekod tersebut adalah Jeanne Louise Calment, anak kelahiran Perancis yang meninggal dunia pada 1997 ketika dia berusia 122 tahun 164 hari.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: