April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


GEORGE TOWN: Tindakan pantas pasukan bomba Pulau Pinang berjaya menyelamatkan tujuh pekerja kontrak binaan yang terperangkap dalam kebakaran bangunan projek perumahan mampu milik yang sedang dalam pembinaan di Jalan Mount Erskin, Pulau Pinang, malam tadi.

Tujuh pekerja, masing-masing tiga warganegara Pakistan, dua Myanmar dan dua pekerja tempatan, berjaya dibawa turun dalam keadaan selamat setelah terperangkap hampir empat jam di tingkat paling atas bangunan tersebut.

Bagaimanapun, seorang daripada mangsa yang mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Penolong Penguasa Kanan Bomba (bahagian operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.32 malam mengenai kebakaran di bangunan setinggi 48 tingkat itu.

Mohd Hafiz berkata, kebakaran dipercayai bermula di tingkat enam bangunan yang menjadi tempat simpanan barangan bahan binaan dan stor makanan untuk pekerja terbabit.

Kebakaran dipercayai bermula di tingkat enam bangunan yang menjadi tempat simpanan barangan bahan binaan dan stor makanan untuk pekerja binaan terbabit. Astro AWANI
“Kesukaran bomba ialah kerana bangunan masih dalam pembinaan. Anggota kami terpaksa buat kerja manual, naik tangga ke tingkat 46.

“Gas berada di aras 6. Penyelamat telah buat pemadaman dan berjaya mengasingkan tong-tong gas daripada terus terbakar,” jelasnya.

Siasatan awal mendapati kebakaran merebak melalui corong pembuangan sampah di bangunan tersebut yang merebak ke tingkat 46.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jalan Perak, Bagam Jermal, Paya Terubong dan Teluk Bahang  dengan empat jentera bomba dan kekuatan 25 anggota dan pegawai, serta bantuan bomba sukarela, bergegas ke lokasi kejadian.

Semua mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 9.26 malam.

Anggota bomba memberi bantuan kepada salah mangsa kebakaran yang mengalami sesak nafas. - Astro AWANI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: