April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BELEM: Seorang lelaki bersenjata melancarkan serangan di sebuah penjara di utara Brazil dengan tujuan membebaskan banduan di sana pada Selasa.

Namun percubaan tersebut berjaya dipatahkan pihak polis apabila berlaku pertempuran yang membawa kepada kematian 20 orang manakala empat yang lain cedera.

Pegawai keselamatan awam di Para mengesahkan 19 yang maut merupakan banduan manakala seorang lagi mangsa merupakan anggota pengawal keselamatan di sana.

Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan dan pengiraan terhadap jumlah banduan sedia ada bagi memastikan tiada banduan yang berjaya meloloskan diri semasa serangan.

Menerusi kenyataan pegawai penyiasat polis, Rodrigo Leao berkata dua senjata serangan, tiga pistol dan dua senjata lain berjaya dirampas daripada kumpulan yang cuba memecah masuk ke penjara tersebut bagi menjayakan misi mereka.

Serangan bermula apabila sekumpulan mereka yang merancang plot berkenaan cuba meletupkan tembok penjara menggunakan bahan letupan.

Menyedari kejadian itu, pihak polis dan pengawal keselamatan berbalas tembakan dengan penyerang dan terdapat juga banduan yang terlibat dalam serangan turut memiliki senjata mereka sendiri.

Amerika Latin merupakan negara yang mempunyai populasi banduan terbesar di dunia dengan jumlah melebihi 726,000 orang.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: