April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam satu insiden serangan yang dipercayai menggunakan senjata kimia di Douma, Syria hujung minggu lalu.

Menurut badan tersebut, sekitar 500 pesakit telah digegaskan ke kemudahan kesihatan dengan ‘tanda-tanda dan simptom yang menyerupai kesan akibat terdedah kepada bahan kimia toksik’.

“WHO menggesa diberikan akses tanpa kekangan ke kawasan yang terjejas, untuk menilai impak kesihatan, dan untuk membawa masuk respons kesihatan awam yang komprehensif,” ujar Timbalan Ketua Pengarah bago Persediaan dan Tindak Balas Kecemasan WHO, Peter Salama, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Geneva.

Agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih tiada akses untuk memasuki ke bahagian pedalaman timur Ghouta, termasuk Douma, iaitu tempat serangan itu dilaporkan terjadi.

Kerajaan Syria telah menafikan keterlibatan mereka.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: