April 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SINGAPURA: Seorang ibu bengang kerana anaknya yang berusia lima tahun dikasari oleh seorang lelaki di sebuah taman permainan tertutup di Singapura.

Ow May Chen telah memuat naik rakaman CCTV kejadian itu di laman Facebooknya, membuktikan lelaki tersebut didakwa mengasari anaknya.

Rakaman yang mendapat lebih dari 14,000 penonton dan dikongsi sebanyak 170 kali di Facebook itu menunjukkan anak wanita berkenaan kelihatan ingin bermain bersama dua lagi kanak-kanak perempuan yang merupakan anak kepada lelaki terbabit.

Namun ketika budak lelaki itu cuba mengambil mainan daripada lelaki berkenaan, dia dilihat bukan sahaja dimarahi malah turut ditendang, ditolak selain mainan itu dicampak.

Dalam pada itu, Ow juga dilihat cuba menenangkan keadaan dengan cuba menjauhkan anaknya daripada keluarga itu.

Selain itu, Ow turut mendakwa lelaki terbabit tidak mengaku menyentuh anaknya sehingga perkara itu dibuktikan menerusi rakaman CCTV dan satu laporan polis dibuat.

“Kami mengambil keputusan memadam rakaman CCTV itu di laman Facebook kerana ia akan memberi kesulitan kepada pemilik taman permainan berkenaan.

“Jika pihak taman permainan itu tidak membantu kami dan tidak memberi rakaman tersebut, ia akan menyukarkan kami untuk membuat laporan polis,” jelas Ow menerusi Facebooknya.

jika pihak taman permainan itu tidak membantu kami dan tidak memberi rakaman tersebut, ia akan menyukarkan kami untuk membuat laporan polis

Walaupun lelaki itu nampak salah melayan kanak-kanak berusia lima tahun seperti itu, beberapa netizen percaya bahawa wanita terbabit juga patut dipersalahkan kerana tidak mengawasi anaknya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: