April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PARIS: Perancis akan berbincang bersama Amerika Syarikat dan Britain mengenai cara untuk bertindak balas terhadap serangan senjata kimia yang disyaki berlaku di Syria.

Menurut presiden Emmanuel Macron sebarang tindakan yang diambil akan menyasarkan senjata kimia yang dimiliki kerajaan Syria.

Ditanya adakah Perancis akan mengambil langkah ketenteraan sebagai tindak balas terhadap insiden yang berlaku di Douma, Macron berkata Perancis akan terus membincangkan maklumat teknikal dan strategik dengan sekutunya Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami akan membincangkan segala hasil perbincangan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia sudah berhubung dengan presiden Donald Trump mengenai situasi semasa yang berlaku di Syria.

Selain itu, Macron sifatkan bahawa penggunaan senjata kimia di Syria merupakan sesuatu yang berada di luar batasan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: