April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ALGIERS: Lebih daripada 250 orang termasuk anggota pergerakan kebebasan Polisario di Sahara Barat dilaporkan terbunuh apabila sebuah pesawat tentera terhempas di sebuah kawasan lapang di pinggir ibu negara Algeria pada Rabu.

Siaran televisyen menunjukkan orang ramai berada di lokasi nahas, dengan bangkai pesawat yang masih terbakar di lapangan terbang Boufarik, di barat daya Algiers.

Kementerian Pertahanan Algeria mengesahkan, pesawat itu dijadual berlepas ke Tindouf, iaitu sebuah kawasan di sempadan Algera-Sahara Barat, namun terhempas di dalam perimeter lapangan terbang tersebut.

Sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan sejumlah 257 orang terkorban dalam nahas itu.

Deretan beg mayat juga dapat dilihat sudah disusun di atas tanah di lokasi berkenaan, dengan latar kepulan asap hitam dilihat berhampiran lebuh raya dan ramai pegawai keselamatan serta orang awam berdiri di seberang tapak kemalangan.

Seorang anggota parti pemerintah Algeria, FLN, memberitahu stesen televisyen Ennahar bahawa antara yang maut termasuk 26 anggota Polisario, iaitu kumpulan sokongan Algeria yang berjuang demi pembebasan Sahara Barat, iaitu wilayah yang juga dimahukan Maghribi sejak sekian lama.

Pesawat tersebut terhempas di dalam perimeter lapangan terbang Boufarik. - AP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: