April 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus



WASHINGTON: Pihak Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis semalam dilaporkan sekali lagi melobi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyiasat dakwaan serangan senjata kimia di Syria.

Ketiga-tiga negara bersekutu terbabit mengemukakan draf bersama yang mencadangkan siasatan bebas dijalankan bagi menyiasat dakwaan serangan kimia serta mengenal pasti pelakunya.

Melalui siasatan itu, Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) akan mengemukakan laporan dalam masa 30 hari sama ada Syria telah mendedahkan sepenuhnya stok senjata senjata kimianya.

Draf tersebut juga mencadangkan agar bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Syria tanpa sekatan.

Ia turut mendesak gencatan senjata di Syria serta mahukan negara itu menyertai rundingan damai yang diketuai PBB.

Terdahulu, usaha Rusia mengutuk serangan AS dan sekutunya melalui draf yang dikemukakan di PBB menemui kegagalan.

Hanya China dan Bolivia menyokong sementara lapan negara menentang dan empat lagi mengambil keputusan berkecuali.

Tindak balas tentera AS dan sekutunya semalam menyaksikan lebih 100 peluru berpandu disasarkan terhadap kemudahan senjata kimia rejim Bashar al-Assad di Syria.

Menurut Presiden Donald Trump, operasi ketenteraan tersebut dilakukan susulan serangan menggunakan gas klorin rejim Assad yang meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa minggu lalu.

Ia juga sebagai mewujudkan kekangan kukuh terhadap pengeluaran, pengedaran dan penggunaan senjata kimia.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: