April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



TENOM:

Keseronokan sebuah keluarga bermandi manda berakhir tragedi apabila salah seorang mereka ditemukan mati lemas dalam kejadian di Sungai Padas, dekat sini, pagi tadi.

 

Mangsa dikenali sebagai Mohd Nazim Idris, 15, ditemui petang tadi pada kedalaman tiga meter di sungai berkenaan oleh sepasukan anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi tersebut sebaik menerima panggilan kecemasan oleh orang awam.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.40 pagi berhubung insiden itu sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi terbabit untuk operasi mencari mangsa yang dilaporkan hilang ketika bermandi-manda.

 

“Mangsa telah dijumpai oleh pasukan bomba pada jam 1.50 petang dengan kedalaman jarak tiga meter daripada lokasi dilaporkan lemas.

 

“Mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: