April 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang menyumbangkan pingat emas dalam final acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel 2018 hari ini.

“Hebat Dato’ @LeeChongWei, memang luar biasa! Setiap hayunan raket tadi membawa bersama semangat 30 juta rakyat Malaysia! Tahniah emas ke-6 Malaysia di #GC2018,” katanya dalam laman Twitternya.

Dalam perlawanan di Carrara Sports and Leisure Centre, Gold Coast, Chong Wei menewaskan pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India 19-21, 21-14, 21-14.
Ia adalah pingat emas ketiga Chong Wei dalam edisi Sukan Komanwel pada acara perseorangan lelaki selepas memenanginya pada 2006 dan 2010.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: