April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di persada liga setelah menang 3-0 ke atas kelab PKNS FC pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu malam.

Kemenangan kelima tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengutip 15 mata selepas beraksi enam perlawanan setakat ini.

Tiga gol pasukan tuan rumah dijaringkan pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrera pada minit ke-13 dan ke-49 serta jaringan Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-66.

Dalam pada itu, Negeri Sembilan gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 menentang Kelantan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Pada aksi berkenaan, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import dari Brazil, Flavio Beck Junior seawal minit ketujuh perlawanan sebelum Nik Akif Syahiran Nik Mat menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-90.

Sementara itu, pendahulu Liga Premier, Felda United mengekalkan kedudukan teratas liga walaupun seri 1-1 menentang Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Pasukan pelawat, bagaimanapun berada di hadapan menerusi jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor seawal minit kesembilan sebelum penyerang import dari Puerto Rico, Hector Omar Ramos Lebron menyelamatkan maruah Sabah menerusi sepakan penalti pada minit ke-34.

Pasukan MIFA pula mengutip tiga mata berharga di laman sendiri setelah menang bergaya 4-0 ke atas UiTM FC pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Empat gol pasukan tuan rumah dijaringkan L’Imam Seydi pada minit keempat dan penghujung babak pertama perlawanan, Kpah Sean Sherman (minit ke-65) dan Rajesh Perumal pada minit ke-73.

Pasukan Sarawak turut mengutip tiga mata penuh di laman sendiri setelah menang tipis 2-1 ke atas UKM FC pada aksi di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya.

Dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan Mateo Roskam pada minit ke-30 dan Mohammad Dzulazlan Ibrahim pada minit ke-45, namun UKM FC berjaya merapatkan defisit jaringan menerusi Kipson Atuheire pada minit ke-65.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: