April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima tiga laporan berita falsu berkaitan bantuan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di beberapa pasar raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan dan siasatan akan dijalankan bagi mencari individu yang terlibat dalam penyebaran berita palsu.

Beliau menambah, penyebaran berita palsu itu hanya berlaku di satu tempat dan bukan mudah untuk dikesan.

“Sebenarnya tular tersebut adalah palsu dan untuk pengetahuan anda benda tu tidak berlaku dan hanya berlaku di satu tempat. Saya rasa tempat lain tidak, ia semua palsu.

“Berita palsu bukan satu berita yang mudah untuk dikesan dan pihak polis perlu melakukan siasatan demi siasatan,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas program derma darah sempena hari polis ke-211 2018.

Pada 11 April lalu, Tunku Ismail membuat kejutan apabila mengumumkan membayar kesemua barangan yang dibeli pelanggan bernilai RM3,000 setiap seorang di pasar raya AEON Mall Tebrau City.

Pada keesokan harinya, tular di media sosial di mana Tunku Ismail akan hadir ke pasar raya Econsave Pontian bagi memberi bantuan sebanyak RM200 untuk barangan keperluan; namun ia terbukti palsu.

Perkara sama dipercayai turut berlaku di beberapa pasar raya lain di Kulai.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: