April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



AKSI cemerlang Douglas Costa membolehkan Juventus semakin hampir untuk mempertahankan trofi Serie A selepas menewaskan Sampdoria 3-0 di Stadium Allianz, awal pagi tadi.

Kemenangan itu memberikan kelebihan enam mata buat Juve di puncak liga selepas pasukan tangga kedua, Napoli, diikat seri tanpa jaringan oleh AC Milan dalam aksi sebelum itu.

Costa yang masuk menggantikan Miralem Pjanic pada minit ke-43 hanya memerlukan dua minit untuk mencetuskan impak apabila hantaran lintangnya disudahkan oleh Mario Mandzukic, membolehkan Bianconeri mendahului 1-0 sebelum tamat babak pertama.

Memasuki aksi separuh masa kedua, giliran Benedikt Howedes menewaskan penjaga gol, Emiliano Viviano, pada minit ke-60, sekaligus meraih jaringan pertama di pentas Serie A.

Sami Khedira mengutip bola dari dalam kotak penalti Juve sebelum melorongkan buat Costa yang dengan pantas melakukan hantaran lintang untuk pertahanan Jerman itu melakukan tandukan terbang bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Costa yang kini sedang mencongak nasib untuk disenaraikan skuad Brazil menjelang Piala Dunia 2018 terus mempamerkan kecemerlangan, kali ini menerusi larian solonya yang membuka ruang buat Khedira untuk meletakkan The Old Lady dalam kedudukan selesa dengan 3-0.

Tiga jaringan cukup untuk membolehkan Juventus meraih kemenangan ke-27 musim ini sambil meneruskan rentetan 10 aksi tanpa kalah di laman sendiri bagi saingan domestik, sementara skuad bimbingan Marco Giampaolo menerima kekalahan keempat dalam enam perlawanan terakhir.

Anak-anak buah Massimiliano Allegri kini menerajui carta liga dengan 84 mata, diikuti Napoli yang memiliki 78 mata.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: