April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



ALOR SETAR: Kerajaan Kedah mengumumkan imbuhan RM10,000 kepada Muhammad Aznil Bidin, pemenang pingat emas bagi acara angkat berat kategori 65 kilogram di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah, Mohd Rizal Mohd Radzi berkata, imbuhan itu akan disampaikan pada satu majlis menghargai atlet-atlet Kedah yang mewakili negara ke sukan tersebut yang dijangka pada Mei.

Katanya, imbuhan itu sebagai menghargai pencapaian Muhammad Aznil, 24, selaku anak jati Kedah yang bukan sahaja mengharumkan nama negeri, malah Malaysia di persada antarabangsa dalam acara agkat berat.

“Kerajaan negeri akan bagi RM10,000 kepada Muhammad Aznil di atas pencapaiannya itu dan juga atlet-atlet lain dari Kedah turut diberi penghargaan pada majlis yang sama,” katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan wira negara itu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini, kira-kira 8.30 malam ini.

Turut menyambut kepulangan Muhammad Aznil ialah ibunya, Haslina Hamzah, 46, dan bapanya, Bidin Yaacob, 50, sambil menyarungkan kalungan bunga sebagai tanda rasa bangga di atas kejayaan anak kedua dari empat beradik itu.

Sementara itu, Muhammad Aznil berkata, masa rehat selama dua minggu yang diberikan pihak pengurusan akan digunakan sebaik mungkin bersama keluarga sebelum turun menjalani latihan semula bagi beberapa siri kejohanan selepas ini.

Antaranya ialah Sukan Asia di Indonesia pada Ogos ini, IWF World Championship di Aashgabat, Turkmenistan pada November, seterusnya mengumpul mata untuk layak ke Sukan Olimpik di Tokyo pada 2020.

“Kejayaan ini cukup manis dan menjadi pemangkin kepada saya untuk terus melakar kejayaan di kejohanan yang lebih besar, InsyaAllah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya,” katanya.

Muhammad Aznil melepasi ramalan apabila mengatasi saingan sengit Morea Baru dari Papua New Guinea untuk memenangi pingat emas kategori 62kg pada hari pertama Sukan Komanwel.

Pingat perak menjadi milik atlet Morea Baru yang angkatan keseluruhannya kurang 3kg daripada Muhammad Aznil sementara gangsa dibawa pulang atlet Pakistan, Talha Talib dengan 283kg.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: