April 24, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KOTA BHARU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa pagi tadi menyerahkan satu notis kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berhubung permohonan kelulusan kawasan pembalakan baharu di negeri itu.

Ditemani peguamnya, Husam sendiri membawa surat itu ke Pejabat Menteri Besar di sini untuk meminta supaya tiada sebarang kelulusan kawasan balak dibuat semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan berlangsung.

Ketika ditemui di luar Pejabat Menteri Besar, Husam menjelaskan Ahmad tidak mahu menemuinya, sebaliknya surat berkenaan diserahkan kepada setiausaha sulit kanan beliau, Shamsul Abu Bakar.

Husam mendakwa terdapat cadangan untuk meluluskan permohonan baharu kawasan pembalakan melibatkan hutan simpan dalam skala yang besar pada mesyuarat yang berlangsung bersama pihak pembalak dan Jabatan Perhutanan Negeri hari ini.

“Setiausaha sulit kanan MB mengesahkan mesyuarat hari ini melibatkan Jawatankuasa Perhutanan. Selain notis ini saya juga akan dapatkan perintah mahkamah apabila telah ditentukan kelulusan bersifat kelulusan yang besar, yang memberikan implikasi kepada hasil dan kewangan kontrak masa depan.

“Perintah ini kita akan perolehi sebelum pilihan raya dan sekiranya sempat atau selepas pilihan raya saya akan memberikan notis secara kepada pemohon pembalakan ini bahawa mereka mesti berdepan dengan risiko pembatalan sekiranya kerajaan lain dibentuk,” jelas Husam.

Husam berkata, beliau tidak meminta untuk turut sama berada dalam mesyuarat kerajaan sementara Pas Kelantan, sebaliknya hanya menyerahkan notis berkenaan sebelum mendapatkan satu notis injuksi dari mahkamah menghalang sebarang kelulusan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.

Beliau juga mendakwa mesyuarat hari ini bertujuan untuk menimbang permohonan kawasan balak yang baharu dan bukannya melibatkan permohonan lama.

Husam yang juga bekas exco kanan kerajaan Pas Kelantan berkata, beliau sempat menemui seorang kontraktor balak di luar Pejabat Menteri Besar yang membawa dokumen permohonan kawasan baru.

Katanya, beliau bimbang sekiranya kerajaan sementara meluluskan kawasan pembalakan melibatkan hutan simpan yang luas bagi mendapatkan dana untuk pilihan raya umum (PRU) nanti.

Beliau mendakwa pembalak mengemukakan permohohan baharu antara 5,000 hingga 10,000 ekar kawasan balak bagi setiap permohonan.

Khamis lepas, Husam telah menghantar surat kepada Pejabat Menteri Besar mengingatkan supaya tidak ada sebarang kelulusan di buat pada mesyuarat hari ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: