April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



IPOH: Polis menahan tiga suspek termasuk bekas isteri mangsa yang terlibat dalam kejadian kes bunuh seorang lelaki di Gerik, pada 7 April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, SAC Yahya Abdul Rahman berkata kesemua suspek yang berumur antara 35 dan 41 tahun itu ditahan secara berasingan pada 10 April di sekitar kawasan Gerik.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kejadian bunuh itu dipercayai berlaku akibat perebutan wanita di antara seorang daripada suspek dengan mangsa.

“Pada 15 April, suspek lelaki berumur 41 tahun serta wanita berumur 38 tahun yang juga merupakan bekas isteri mangsa telah menjelaskan situasi sebenarnya yang berlaku kepada polis semasa soal siasat.

“…Ini kemudiannya membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis Colts Convenent yang digunakan untuk menembak mangsa yang disimpan di rumah ibu suspek lelaki berkenaan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Yahya berkata selain pistol polis turut merampas 35 butir peluru jenis .45 yang disimpan di rumah ibu suspek terbabit.

Katanya kertas siasatan kes tersebut akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan negeri untuk arahan lanjut.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai 11 hingga 17 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 8 April lepas, Yahya mengesahkan mayat seorang lelaki berumur 38 tahun yang lengkap berpakaian ditemukan dengan kesan tembakan di bahagian kepala, dada dan perut di kawasan Ladang Sungai Rui, Ban Pasir, Jalan Gerik-Kupang, Gerik, kira-kira 130km dari sini.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: