April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



LAHORE:

Seorang pelajar tahun enam dilaporkan meninggal dunia sewaktu bermain permainan ‘tampar menampar’ di sebuah sekolah dalam wilayah Punjab di Pakistan.

Lapor media tempatan, Express Tribune, mangsa Bilal dan rakannya Aamir sedang bermain sejenis permainan Thapar Kabaddi (tampar-menampar) sewaktu masa rehat di sekolah kerajaan Mian Channu, sebelum Bilal terkena tamparan kuat di bahagian lehernya.

Sewaktu permainan, beberapa orang guru dan rakan sekolah mereka turut sama memerhatikan permainan mereka.

Video rakaman kemalangan yang berlaku awal bulan itu hanya muncul semalam setelah menjadi tular.

Ia antara lain memaparkan aksi tampar menampar sekuat hati antara kedua-dua pelajar.

Permainan yang bermula mesra bertukar tegang, apabila Bilal tidak dapat menampan tamparan Aamir, menyebabkan Bilal pengsan dan rebah.

Lebih malang tiada sesiapa yang datang membantu dan segera membawanya ke hospital. Bantuan hanya tiba setengah jam kemudian dan Bilal telahpun meninggal dunia.

Pihak sekolah telah dipertanggungjawabkan keatas tindakan yang lambat dan polis pula dipersalahkan kerana tidak menjalankan proses post-mortem.

Permainan Thappar Kabaddi sememangnya popular di kebanyakan bandar di negeri Punjab.
 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: