April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



GRACETOWN: Seorang peserta luncur ombak mengalami kecederaan parah di kedua-dua kakinya apabila dibaham jerung pada Isnin, di barat daya Australia.

Dalam keadaan menderita akibat kecederaan teruk itu, Alejandro Travaglini, 37 tahun, tetap berjaya kembali ke pantai dengan terkial-kial, lapor AP.

Travaglini sedang meluncur di Gracetown sekitar jam 8 pagi apabila serangan itu berlaku, kata jurucakap bantuan kecemasan St. John Ambulance Dennis Bertold.

Warga Argentina itu segera diberikan rawatan kecemasan awal oleh pasukan paramedik sebelum digegaskan ke hospital di Perth dengan menaiki helikopter.

Serangan itu telah memaksa kejohanan luncur ombak antarabangsa Margaret River Pro ditangguhkan sementara.

Timbalan Pesuruhjaya Liga Dunia itu, Jessi MIley-Dyer berkata, pihak penganjur juga mengarahkan pemantauan jerung menggunakan jet ski dan dron bagi memastikan keselamatan peserta kejohanan dan menentukan sama ada acara itu boleh diteruskan.

Jurugambar kejohanan, Peter Jovic, yang menyaksikan serangan tersebut dari pantai menyifatkan insiden itu mirip dengan sebuah kejadian sewktu siaran langsung acara seumpamanya di Afrika Selatan pada 2015.

Ketika itu, bekas juara, Mick Fanning nyaris cedera apabila seekor jerung putih menyerang papan luncurnya sewaktu dia menunggu kedatangan ombak bagi memulakan aksi.

“Jika sesiapa mengingati insiden yang menimpa Mick Fanning, ini mirip dengannya. Tiba-tiba saja jerung muncul dan mencampak peluncur dari papan luncurnya,” kata Jovic.

Meskipun peluncur Travaglini kini dilaporkan stabil, peminat acara tersebut masih mengingati bahawa Gracetown pernah menjadi lokasi hitam buat seorang peserta, apabila maut akibat serangan jerung pada tahun 2013.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: