April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PUTRAJAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan sesi taklimat khas dengan penyandang-penyandang kerusi Parlimen daripada BN di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Pertemuan khas itu bermula kira-kira 9 pagi.

Antara yang paling awal tiba ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Turut kelihatan, Menteri Wilayah Persekutuan, yang juga penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan penyandang kerusi Parlimen Jempol, Tan Sri Isa Samad.

Sesi taklimat itu diadakan secara tertutup selama kira-kira satu jam.

Menurut penyandang kerusi Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pertemuan khas itu banyak menyentuh mengenai penghargaan Najib kepada pemimpin-pemimpin BN.

“Ini kali pertama Datuk Seri Najib berjumpa untuk menyatakan penghargaan kepada mereka sepanjang menjadi Ahli Parlimen.

“Sepanjang enam penggal, ini kali pertama saya dipanggil untuk bertemu beliau,” katanya semasa ditemui di luar Kompleks Seri Perdana.

Dalam pada itu, penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pertemuan berkenaan sebagai tanda sikap kekeluargaan dalam BN yang sentiasa memegang prinsip kesetiaan.

“Kami satu keluarga BN. Ini pasal keluarga BN dan kami pegang prinsip wala’,” ujarnya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan reaksi Isa, yang juga bekas Pengerusi Felda, gagal kerana beliau hanya lalu meninggalkan kumpulan media yang menanti di pintu pagar Kompleks Seri Perdana sejak pagi tadi.

Bagaimanapun, difahamkan taklimat khas ini tidak menyentuh mengenai siapa yang akan dikekalkan untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: