April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan Allahyarhamah Tan Sri Napsiah Omar sebagai pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang. Dalam entri terbaharu di Twitter rasminya, PM Najib menzahirkan rasa sedih ke atas pemergian bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang meninggal dunia akibat barah hati di kediaman anaknya di Ampang Jaya, Selangor pada 6.10 petang Isnin.

PM Najib turut menyertakan gambar hitam putih kenangannya bersama Allahyarham.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Perginya pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang, Tan Sri Napsiah Omar hari ini.

 

“Saya masih ingat kata-kata Allahyarhamah, bahawa yang menjadikan Umno hidup dan kuat adalah ahli-ahlinya. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya.





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: