April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



MANCHESTER: Kelalaian skuad kendalian Jose Mourinho mengundang padah apabila tewas mengejut kepada kelab tercorot liga, West Bromwich Albion 1-0 di Old Trafford awal pagi tadi.

Kekalahan itu turut mengesahkan trofi Liga Perdana Inggeris sah menjadi milik Manchester City ketika saingan masih berbaki lima perlawanan.

Menerusi aksi tersebut, Man U mendominasi permainan namun tidak berjaya mencipta banyak peluang.

Gol tunggal dan kemenangan Albion hanya muncul pada minit ke-73 aksi menerusi tandukan oleh Javier Rodriguez yang gagal disekat oleh penjaga gawang United, David de Gea.

Dalam aksi itu, United yang gagal memperoleh sebarang mata sememangnya sudah tidak berdaya mengejar City yang sudah mendahului dengan 16 mata sedangkan baki saingan hanya tawarkan 15 mata untuk dikutip.

Berbaki lima perlawanan, sekiranya menang kesemua aksi tersebut, mereka hanya mampu mengutip 15 mata, kekurangan satu mata di belakang anak buah Pep Guardiola yang setakat ini sudah mendahului dengan mengumpul 87 mata.

Ini merupakan kemenangan kelima City dalam Liga Perdana Inggeris setelah kali terakhir merangkul trofi sama pada empat tahun lalu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: