April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KETAGIHAN seorang wanita terhadap penggunaan laman media sosial Facebook dan WhatsApp akhirnya membawa padah apabila dia dibunuh suaminya.

Luxmi, 32 tahun, dicekik suaminya Hariom, 35 tahun, ketika sedang tidur di rumah mereka di perumahan flat sektor 92, India pada malam Khamis.

Menurut laporan India Times, suspek yang ditahan pada Jumaat memberitahu polis bahawa dia bosan dengan kelakuan isterinya yang banyak menghabiskan masa berbual bersama kenalan di media sosial.

“Saya sangat kecewa kerana dia tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri serta mengabaikan saya serta anak-anak kami,” kata Hariom ketika disoal siasat.

Sementara itu, ayah mangsa, Balwant Singh menyedari kematian anaknya pada keesokan hari apabila dia melihat mayat Luxmi terbaring di sebelah suaminya ketika melawat rumah mereka.

Singh kemudian menelefon polis dan suspek ditahan.

Dua tahun selepas kahwin, kelakuan Luxmi perlahan-lahan berubah disebabkan telefon pintar itu sehingga dia mula mengabaikan anak-anak dan saya seperti kami tidak wujud.

Menurut tertuduh, mereka sudah berkahwin sejak tahun 2006 dan dikurniakan dua anak.

Hubungan mereka sekeluarga amat baik pada tahun pertama sehingga mendorong suspek membelikan isterinya telefon pintar.

“Dua tahun lalu, kelakuannya perlahan-lahan berubah disebabkan telefon pintar itu sehingga dia mula mengabaikan anak-anak dan saya seperti kami tidak wujud.

“Dia juga tidak masak, kerja rumah tidak dilakukan malah dia tidak mahu menghantar anak ke sekolah jika mereka tidak membuat kerja rumah sedangkan dia hanya menghabiskan masanya di Facebook dan WhatsApp,” tambahnya.

Pada mulanya saya membiarkan dia dan hanya melihat kelakuannya kerana fikir dia akan bosan dengan aktiviti alam maya tersebut, tetapi ia menjadi lebih teruk.

Selain itu, akibat ketagihan isterinya, Hariom menjelaskan bahawa dia terpaksa menggalas semua tanggungjawab seperti bekerja dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan asrama penuh di Kurukshetra.

Bagaimanapun, menurut suspek, Luxmi tidak kisah walaupun anak-anaknya tidak ada, malah menghabiskan lebih banyak masa dengan telefonnya.

“Oleh kerana dia tidak memberi saya melihat akaun media sosialnya, saya sangat curiga terhadapnya dan syak dia mempunyai hubungan sulit.

“Kami bergaduh teruk pada malam Khamis dan ketika dia sedang tidur, saya tidak tahan lagi dengan kelakuan itu,” jelasnya lagi kepada polis.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: