April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Keamanan dan kedaulatan negara merupakan sesuatu yang perlu dihargai oleh rakyat Malaysia.

Itu yang ditegaskan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahu setiap anggota masyarakat agar mengambil kira perkara itu dalam semua keadaan.

Kata Hishammuddin, kerajaan sentiasa memastikan kedaulatan dan keselamatan negara berada di tempat tertinggi dan berharap rakyat juga tidak akan berkompromi dalam hal itu.

Apa pun perselisihan dan perbezaan pendapat, ia tidak boleh dijadikan penyebab untuk bertindak melulu dan meletakkan negara dalam keadaan bahaya.

“Kita boleh lihat menerusi pameran ini, delegasi dari negara luar sangat percaya dengan kebolehan dan sistem pertahanan kita.

“Pandangan masyarakat luar memang penting, tetapi lebih penting adalah keyakinan rakyat tentang kestabilan keselamatan kita.

“Jangan sekali-kali berkompromi tentang hal ini hanya kerana terlalu beremosi dan terikut-ikut dengan kata-kata pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Hishammuddin ditemui selepas melawat Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Pameran tahun ini disertai lebih 1,500 syarikat dan agensi pertahanan dari dalam dan luar negara, bermula 15 April lalu dan akan berakhir 19 April ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: