April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Bintang tinju dunia, Manny Pacquiao meletakkan harapan tinggi agar pertarungannya menentang juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Lucas Matthysse pada 15 Julai depan di sini, mendapat sambutan hangat melebihi ketika aksi melibatkan legenda tinju, Muhammad Ali di Stadium Merdeka pada 1975.

Pacquiao, 39, yang akan membuat kemunculan semula di Axiata Arena di sini, setelah hampir setahun selepas gagal mempertahankan tali pinggang berikutan keputusan sebulat suara, di tangan Jeff Horn di Australia pada 2 Julai tahun lepas, sudah tentu mahu menjadikan pertarungan itu aksi yang dinanti-nantikan.

“Kita sudah mendapatkan aksi pertarungan terbesar di Malaysia selepas 43 tahun, sejak pertarungan Muhammad Ali-Joe Bugner pada Julai 1975,” kata Manny kepada Bernama dalam kenyataan yang dikeluarkan MP Promotions and Events.

Senator Filipina itu, yang merupakan satu-satunya juara dunia bagi kesemua lapan divisyen, dengan 11 kejuaraan utama, sudah memenangi 59 (38 knockout) daripada 68 pertarungan dalam kariernya.

Sementara itu, peninju agresif berusia 35 tahun Matthysse yang amat teruja menentang Pacquiao, sudah memulakan latihan bersama Joel Diaz untuk pertarungan itu yang digelar ‘Fight of Champions’.

“Inilah pertarungan yang saya sentiasa mahukan. Peluang menentang bakal anggota Dewan Kemasyhuran seperti Manny ‘Pacman’ Pacquiao memberi inspirasi kepada saya untuk berusaha keras daripada sebelum ini untuk meraih kemenangan bagi peminat saya.

“Saya tahu ia bukannya mudah. Tetapi, saya akan cuba mempertahankan gelaran saya dengan penuh penghormatan dan bangga mewakili negara saya Argentina,” kata Matthysse, yang mencatat 36 pukulan ‘knockout’ daripada 39 kemenangan, dengan hanya empat kekalahan.

Peninju dari Argentina itu dijadual tiba untuk sidang media di Manila pada Rabu untuk pengumuman rasmi mengesahkan pertarungannya bagi gelaran welterweight WBA.

Kedua-dua peninju itu kemudian dijangka mengadakan sidang media dan jelajah media di Kuala Lumpur pada Jumaat bagi mempromosi pertarungan itu, yang turut menampilkan pertarungan bagi tiga lagi gelaran dunia.

Pacquiao akan disertai pasukan promosi terbaharunya bersama-sama jurulatih Restituto ‘Buboy’ Fernandez dan Raides ‘Nonoy’ Neri, menurut kenyataan itu. — Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: