April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA TERENGGANU: Akibat menyebarkan gambar lucah bekas teman wanita di dalam laman sosial, seorang pengurus restoran dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, pada Selasa.

Hukuman itu dikenakan terhadap Mohammad Khairul Abidin Abdul Rahim, 34 tahun, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan. 

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, Mohammad Khairul Abidin secara sedar memulakan penghantaran komunikasi bersifat lucah dengan niat untuk menganiayai pengadu. 

Dia juga didakwa memuat naik kandungan lucah itu ke laman blog menerusi aplikasi Blogspot dan WordPress dari 4 Julai hingga 16 Jun 2015.

Pengadu yang terbaca kandungan tersebut di sebuah rumah di Chendering, Kuala Terengganu, pada jam 3 petang, 3 Ogos 2015 telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). 

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Mohd Sophian Zakaria di hadapan hakim Azman Mustapha manakala Mohammad Khairul Abidin tidak mewakili peguam. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: