April 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



NICOSIA: Ratusan warga Cyprus, Palestin dan Syria bersatu mengadakan protes secara aman sambil mengibarkan bendera Syria di pekarangan kedutaan Amerika Syarikat di Nicosia pada Isnin.

Mereka yang terlibat turut melaungkan slogan anti barat bagi mengutuk serangan udara yang dilancarkan AS, Britain dan Perancis di Syria.

Rata-rata penunjuk perasaan adalah dari kalangan gabungan parti sayap kiri dan parti Progressive Party of Working People (AKEL) yang berpangkalan di Cyprus.

Mereka menyifatkan serangan yang dilakukan ketiga-tiga negara ini ke atas Syria sebagai tidak berperikemanusiaan.

Ini kerana belum ada bukti kukuh bagi mendakwa Presiden Syria, Bashar al-Assad yang dituduh sebagai dalang utama kepada insiden serangan senjata kimia di Douma seperti yang dilaporkan Barat.

Pada masa sama, mereka turut mengkritik kerajaan Britain yang menggunakan pangkalan udara British di Cyprus untuk mengambil bahagian dalam serangan peluru berpandu yang disasarkan kepada Syria.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: