Spread the love

SUPERB! Itulah kata yang dapat menggambarkan persembahan artis Indonesia Afgan dalam konsertnya di Kuala Lumpur malam tadi.Afgan Konsert Dekade Live in Kuala Lumpur dianjur bagi meraikan 10 tahun penglibatan Afgan (atau nama sebenarnya Afgansyah Reza) sebagai artis rakaman.

Konsert anjuran Nizra Production ini merupakan penghargaan buat peminat yang banyak menyokongnya sedari album pertama Confession No.1 hinggalah ke album terbaharu Dekade.

Bertempat di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sekitar 2,500 peminatnya dari Brunei, Indonesia, Singapura dan tentunya peminat tegar yang sedia menanti di Malaysia mula memenuhi ruang seawal 8.30 malam.

Konsert diserikan lagi dengan kehadiran Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Afgan memulakan persembahannya dengan lagu “Jalan Terus” yang sememangnya memukau penonton yang hadir.

Sekali sekala dia bijak menyelitkan kisah peribadinya secara bersahaja dalam nada gurauan dan disambut gelak tawa bersama penonton.

Figura itu nyata menghargai sambutan yang diberikan penonton dan pandai mengambil hati mereka sebagai tanda menghargai kehadiran mereka di dewan tersebut.

Menurut Afgan, konsert Dekade itu sebenarnya telah dirancang awal untuk diadakan di Indonesia namun terpaksa ditangguhkan apabila tarikhnya bertembung dengan temasya Sukan Asia.

Akhirnya, dia memutuskan konsert diadakan di Malaysia.

Walaupun sebelum ini harga tiket dikatakan agak mahal mencecah RM1,288, namun bagi sekitar 2,500 peminat yang hadir malam tadi, ‘pelaburan’ itu nyata berbaloi apabila rata-rata mereka terhibur dengan 23 lagu dendangannya.

Malah khabarnya ada peminat yang sanggup berkorban dua bulan wang gaji sebagai pekerja kilang semata-mata untuk membeli tiket VIP persembahannya.

Prestij persembahannya memang tidak dapat dipertikaikan — baik daripada segi vokal, muzik, sistem audio yang hebat sehinggalah kepada penataan cahaya dan penari latar — ia adunan lengkap untuk menjadikannya sebuah persembahan yang hebat.

Secara keseluruhannya, konsert Dekade malam tadi berjaya meletakkan Afgan sebagai penghibur yang mempunyai kelas tersendiri dalam dunia hiburan di rantau ini.

Source link

No Comments

Leave a Comment

Kuala Lumpur, Malaysia
Saturday, 17th November, 2018
9th Rabi-Al-Awaal, 1440
SalatTime
Fajr5:46 AM
Sunrise6:59 AM
Zuhr12:58 PM
Asr4:21 PM
Magrib6:57 PM
Isha8:10 PM
%d bloggers like this: