Spread the love

KONSERT minggu keenam GegarVaganza 5 (GV5) yang bertemakan ‘Terbaik Boss’ menyaksikan tujuh bintang berjaya ke peringkat seterusnya, Ahad depan.Minggu ini Amelina menduduki tempat pertama diikuti pasangan duo Billy Zulkarnain dan tempat ketiga milik Zamani.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Farawahida apabila diumumkan sebagai bintang keempat tersingkir dari cabaran program tersebut, yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, Ahad.

“Mungkin rezeki saya bukan di sini, tetapi di luar sana,” kata Farawahida ringkas selepas mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya sehingga ke suku akhir GV.

Bagi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini pula dimenangi oleh Zamani.

BACA: Suara Zamani kembali, berjaya lolos ke peringkat seterusnya!

Minggu seterusnya bertemakan ‘Road To Semi Final’ dengan peserta perlu menyampai dua buah lagu sebagai tugasan.

Peserta masih meneruskan perjuangan adalah Amelina dengan lagu (Kuch Kuch Hota Hai, Tua Mengejar Kita) Billy Zulkarnain (Mengenangmu, Mulanya Di Sini), Zamani (Di Matamu, Dekat Padamu), Dia Fadila (I Don’t Want Miss A Thing, Permata Hati).

Sementara Maya pula dengan lagu (Tiada Kepastian, Ikut Rentakku), Noryn Aziz (Dahsyat, Cintaku 100%),  Forteen (Potret, Cinta Di Akhir Garisan) dan Hetty Sarlene (Pencuri Hati, Kemaafan Dendam Yang Terindah).

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV5 dihoskan oleh pengacara terkenal Nabil Ahmad dan Jihan Muse, disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

Source link

No Comments

Leave a Comment

Kuala Lumpur, Malaysia
Saturday, 17th November, 2018
9th Rabi-Al-Awaal, 1440
SalatTime
Fajr5:46 AM
Sunrise6:59 AM
Zuhr12:58 PM
Asr4:21 PM
Magrib6:57 PM
Isha8:10 PM
%d bloggers like this: