Spread the love

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang dalam proses menentukan kaedah paling sesuai untuk mengenal pasti pemilik sah bagi pemegang akaun media sosial di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, mekanisme itu penting bagi memastikan akaun media sosial milik kementerian dan agensi-agensi kerajaan adalah sah dan tidak disalahgunakan.

“Kita sekarang akan melihat kepada satu kaedah (pendekatan) yang mana kita boleh mengesahkan nama-nama yang digunakan di media sosial ini. Rakyat sering melihat kepada akaun-akaun di media sosial berkenaan dan fikir ia adalah laman rasmi kementerian atau agensi tersebut.

“Jadi kita perlu ada mekanisme bagaimana kita boleh mengesahkan agar rakyat tahu maklumat daripada laman mana adalah maklumat rasmi oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup Fiesta Deepavali 2018 di Little India Brickfields, malam tadi.

Gobind Singh mengulas pertanyaan pemberita berkenaan penyelesaian kerajaan mengenai akaun tidak sah yang menggunakan nama atau mewakili kementerian dan agensi-agensi berkaitan kerajaan.

Mengulas lanjut, Gobind berkata hal itu sememangnya telah menjadi antara perhatian kerajaan dan pihaknya telah mengenal pasti dua kategori akaun tidak sah di media sosial yang perlu diambil perhatian.

“Ada dua kategori yang sedang dilihat. Satu, ‘handle name’ (pemilik akaun) yang tidak rasmi. Ini menyebabkan ramai pihak yang boleh menggunakannya serta bertindak untuk buat macam-macam perkara.

“Kedua ialah kita (kementerian) dapati terdapat banyak akaun media sosial yang tidak diketahui identitinya telah membuat pelbagai komen dan menjawab perbualan di media sosial dengan guna label atau nama ‘anonymous’,” jelasnya.

Mengakui hal itu bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan medium media sosial amat luas, namun Gobind Singh berkata harus ada kaedah untuk menanganinya dan KKMM akan membuat satu keputusan berkenaan perkara itu dalam masa terdekat. – Bernama

(function(d, s, id){var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];if (d.getElementById(id)) return;js = d.createElement(s); js.id = id;js.src = “http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.5”;fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

Source link

No Comments

Leave a Comment

Kuala Lumpur, Malaysia
Saturday, 17th November, 2018
9th Rabi-Al-Awaal, 1440
SalatTime
Fajr5:46 AM
Sunrise6:59 AM
Zuhr12:58 PM
Asr4:21 PM
Magrib6:57 PM
Isha8:10 PM
%d bloggers like this: