Spread the love


9 NOV: Skim perumahan pembiayaan rakan sebaya (P2P) untuk pemilikan hartanah yang diumumkan oleh Lim Guan Eng pada Bajet 2019 lalu mendedahkan kerajaan PH kepada amalan kronisme.

Penasihat media perdana menteri, Datuk A Kadir Jasin berkata bajet yan telah dibentangkan Menteri Kewangan pada 2 November lalu dipercayai telah didedahkan butirannya kepada orang ramai.

Walaupun adalah kebiasaan bagi kerajaan untuk menerima cadangan daripada orang ramai, namun cara pembiayaan dana masyarakat kepada masyarat diumumkan kepada orang ramai mendedahkan kerajaan dengan tuduhan amalan kronisme dan nepotisme.

“Betul, menteri kewangan boleh mengumumkannya sebagai satu dasar, tetapi cara yang betul untuk melakukan ini adalah dengan meminta seberapa banyak cadangan yang mungkin supaya kerajaan mempunyai banyak pilihan,” katanya menerusi blognya.

Walaubagaimanapun menegaskan bahawa tulisan itu dibuat atas kapasitinya sebagai seorang blogger dan tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang dipegangnya.

Skim perumahan P2P dicadangkan oleh EdgeProp Sdn Bhd, yang melancarkan projek perumahan FundMyHome yang dijana melalui dana masyarakat (property crowdfunding) pada Ahad lalu.

Pengerusi EdgeProp, Tong Kooi Ong berkata skim itu bertujuan sebagai penyelesaian untuk membantu rakyat Malaysia, terutama mereka dengan keluarga yang muda, yang ingin memiliki rumah sendiri daripada menyewa.

Namun Kadir mencadangkan penyelesaian yang berbeza.

“Saya fikir jika kita selesaikan masalah gaji dan pendapatan yang rendah, kita akan selesaikan masalah perumahan ini,” katanya.



Source link

No Comments

Leave a Comment

Kuala Lumpur, Malaysia
Saturday, 17th November, 2018
9th Rabi-Al-Awaal, 1440
SalatTime
Fajr5:46 AM
Sunrise6:59 AM
Zuhr12:58 PM
Asr4:21 PM
Magrib6:57 PM
Isha8:10 PM
%d bloggers like this: